'Segala puji bagi Allah seru sekalian
alam. Yang telah memberi kita nikmat Iman dan Islam,Serta nikmat sehat Salawat
dan Salam kita sampaikan kepada Nabi Muhammad Saw, kepada Keluarganya serta
para Sahabat nya.
'ISTIMEWANYA WANITA :
'Menurut Islam, do'a wanita lebih makbul daripada do'a pria kerana sifat penyayang seorang wanita yang lebih kuat daripada pria.
'Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
"Ibu (wanita) lebih penyayang daripada bapak (pria) dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
'Berikut adalah 40 (empatpuluh) keistimewaan Wanita menurut Islam.
'ISTIMEWANYA WANITA :
'Menurut Islam, do'a wanita lebih makbul daripada do'a pria kerana sifat penyayang seorang wanita yang lebih kuat daripada pria.
'Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda :
"Ibu (wanita) lebih penyayang daripada bapak (pria) dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
'Berikut adalah 40 (empatpuluh) keistimewaan Wanita menurut Islam.
- Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
- Barang siapa yang menggembirakan
anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
- Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
- Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
- Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.
- Daripada Aisyah r.a. "Barang
siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
- Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
- Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibu bapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.
- Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
- Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginyaselama mana dia taat kepada suaminya
dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
- Aisyah r.a. berkata "Aku
bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ? Jawab baginda, "Suaminya.". "Siapa pula
berhak terhadap pria?" tanya Aisyah kembali,...Jawab Rasulullah S.A.W.
"Ibunya."
- Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
- Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
- Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.
- Apabila semalaman (ibu) tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah S.W.T.
- Seorang wanita solehah adalah
lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
- 2 rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang memberi minum air
susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri)
akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang melayani dengan baik
suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
- Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
- Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah
tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
- Wanita yang tidak cukup tidur
pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
- Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
- Wanita yang hamil akan dapat
pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat
pahala beribadat pada malam hari.
- Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Sekiranya wanita mati dalam masa
40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
- Jika wanita melayani suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan
berita bahwa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat
dan puasa.
- Jika wanita memicit/mijat suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
- Wanita yang meninggal dunia
dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
- Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
0 komentar:
Posting Komentar